Tiada beza menteri & rakyat, Ismail Sabri solat Jumaat di saf belakang


  Gara-gara sibuk menghadiri mesyuarat Kabinet dan program di Putrajaya, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lewat tiba di Masjid Khalid Al-Walid Mindef bagi menunaikan solat Jumaat.
Walau bagaimanapun, Naib Presiden UMNO itu bersyukur kerana masih terdapat beberapa ruang kosong di saf hampir paling belakang bagi mengerjakan kewajipan tersebut.
“Dalam masjid, depan atau belakang, luar atau dalam tak penting, yang penting masih boleh mengerjakan solat. Alhamdulillah syukur,” luahnya.
Perkara itu dikongsi di laman Facebook rasmi miliknya dengan memuat naik sekeping gambar beliau yang sedang duduk di atas sejadah.
Posting berkenaan meraih 32,000 tanda suka selain dipenuhi komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi positif terhadap pemimpin yang mendapat gelaran ‘Pak Long’ itu.

Yang penting ibadah kita diterima Allah

Alhamdulillah! Contoh yang baik

Kita sama saja, tak kira pangkat

Terbaik! Sibuk macam mana pun, masih ada masa untuk solat